Something About KhairulNizar

Friday 26 October 2012

CaptureNux 2012-10-24 16.57.21.jpg

Inilah kehidupan didunia yg serba asing di bumi yg sememangnya asing.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 20 October 2012

JOM KITA BERPUASA [ 25th October 2012 ]

Marilah kita berpuasa seikhlas mungkin semoga dosa-dosa yg telah dilakukan diampunkan oleh allah swt.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 13 October 2012

MUSIBAH TANDA DOSA DIAMPUNKAN

TUJUAN Allah menurunkan musibah kepada hamba-Nya supaya dosa mereka
diampunkan. Pada masa sama, ada keterangan dan ayat menyatakan dosalah
juga menjadi penyebab datangnya bala.

Rasulullah pernah bersabda maksudnya: "Apabila Allah menyayangi
seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada
diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada
dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya
menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak
berdosa."


Apabila berhadapan dengan ujian, sebagai hambanya ketahuilah ia
mempunyai hikmah untuk kebaikan dan perlu mengambil pengajaran
daripadanya.

Jika dilihat pada sejarah, kenapa Allah azabkan kaum Nabi Nuh? Lebih
enam bulan mereka ditenggelami banjir besar.




Begitu juga dengan kaum Nabi Luth, Allah terbalikkan lapisan bawah
bumi naik ke atas, sementara yang atas dibenamkan ke perut bumi.
Kesannya masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan.



Lihat pula bagaimana kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus
jantung kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat.

Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama
kekayaannya hingga membentuk tasik yang amat besar dengan airnya
laksana lautan.

Firaun pun begitu juga, kerana gah ingin merebut segala kekuasaan
hingga gelaran Tuhan pun mahu direbutnya. Akhirnya, dia bukan saja
tenggelam dalam laut malah kekuasaan, tentera dan gelarannya turut
lemas sekali.

Di sana ada 1,000 satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua
peristiwa itu berpunca daripada dosa. Sayangnya Allah kepada hambanya
apabila segala yang ditimpa kepada hambanya tetap ada kebaikan
walaupun nampak memilukan.

Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian. Di
sini terdapat dua ujian. Pertama, bala dan kedua ibtila'. Ibtila'
adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk ujian sementara
bala adalah bencana serta kesusahan ditimpa dalam bentuk hukuman.

Menghukum yang ingkar dan akhirnya bukan saja mereka tidak menginsafi
malah hancur dalam kemusnahan. Ibtila' yang melanda selepas menderita
kepayahan dan keperitan, mereka mula menginsafi kesalahan.

Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi tragedi bencana alam
seperti gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, banjir besar itu untuk kita
bermuhasabah kebesaran Allah.

Kita juga diperintahkan supaya sentiasa bertaubat atas dosa silam yang
pernah dilakukan. Keinsafan yang hendak dikongsikan di sini ialah kita
sebenarnya tidak memiliki apa-apa kuasa dan lemah.

Bukan saja tidak mampu bersedia mengelak musibah malah meramal pun
tidak termampu. Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah Yang
Maha Berkuasa.

Malang sekali jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat
marah kepada hambanya yang ingkar dan tidak mengikut petunjuk-Nya
selepas diberi peringatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/30

Tuesday 9 October 2012

URUSKAN DIRI SENDIRI

90% ramai yang pokai kerana :-
1- Mereka tidak uruskan & rancang perbelanjaan mereka - Sedangkan mereka sedar yang mereka hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan aktif dan tetap sahaja
2- Mereka tidak sedar yang kos hidup mereka TIDAK AKAN semakin kurang- Kadar inflasi pasti meningkat setiap hari/bulan/tahun, kos brg tidak akan menurun dan nilai wang semakin susut
3- Mereka tidak sedar yang gaji mereka TIDAK AKAN meningkat setiap tahun lebih drpd 100%, tetap belanja mereka YA meningkat setiap bulan
4- Tidak mahu melihat atau ambil tahu bagaimana meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui ilmu, pelaburan hartanah, saham atau lain-lain cara yang BUKAN SKIM CEPAT KAYA.
5- Malas tapi ada hati nak kualiti hidup yang lebih tinggi....
Jangan sentap! Kalau nak sentap, gi sentap kat taman bunga! Ini ingatan utk mereka yg perlukan ingatan! Tak perlu? Boleh teruskan hidup anda! - Azizan Osman-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 3 October 2012

IMAM...LAYAKKAH AKU?

Mungkin aku masih belum layak utk bergelar IMAM,
Mungkin aku masih belum layak utk bergelar HAMBA,
Mungkin aku masih belum layak utk bergelar INSAN,
Mungkin aku masih belum layak utk bergelar UMAT,

Kerana HATI yg kotor,
Kerana JIWA yang lara (lalai),
Kerana NAFSU yang jahat,
Kerana IMAN yg singkat,

Layakkah aku utk dipanggil MANUSIA?
Layakkah aku utk mengIMAMinya nanti?
Layaklah aku utk dilayan sebagai HAMBA ALLAH?
Layakkah aku utk mati sebagai TETAMU-MU nanti ya ALLAH?

Sungguh aku penuh DOSA..
Sungguh aku ter-sgt HINA..
Sungguh aku sakit JIWA..
Sungguh aku rosak AKHLAK..

Kerana KELALAIANku sendiri...
Kerana KEALPAANku sendiri...
Kerana KESEDARAN ttg mati yg kurang...
Kerana KURANGNYA ilmu, iman & amal...
Kerana ENGKAU tidak melihatku sebagai hambamu...
Yallah,

Ku pohonkan pengharapanku,
Panggillah ku kembali dlm sedu sedan menahan tangis tika disepertiga malammu,
Menahan lapar dan dahaga demi zuhud kepadamu,
Kembalikanlah hati dan iman serta jiwa yg pernah meronta utk bersaing memenuhi hati dan hidup dgn jalan utk menuju ke jannah mu...

Ya ALLAH!!!
Sesungguhnya amatlah rugi orang2 yg kau berikan rezeki yg dikemudian harinya engkau binasakan mereka kerana mereka engkar dan lalai dengan kenikmatan dunia.


Nukilan:-
KhairulNizarMokhtar
Sepertiga malam buatku,
Mungkin sudah tiada.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.