Faktor Memilih Pasangan Hidup
imzaj menulis "
Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari
apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan
rumahtangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah
sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan
peratusan tinggi orang yang tidak sabar-sabar
melansungkan perkahwinan sehingga mereka tidak
menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat
keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan
perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan
faktor-faktor berikut. Sebagai lelaki, anda berhak
memilih calon isteri. Ikuti tip-tip berikut:
1. TEMPOH MASA PERKENALAN
Kajian menunjukkan bahawa pa sangan yang telah
berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih
berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pa sangan
yang berkenalan dalam jangka ma sa yang lebih pendek.
Apabila pa sangan bersedia mengambil keputusan yang
melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama
beberapa bulan , keputusan itu kebanyakannya lebih berda
sarkan khayalan dan kurang berda sarkan hakikat.
2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI
Mungkin anda yang memilih pa sangan semata-mata untuk
menggembirakan orang lain; ayah, ibu atau kerana orang
yang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar
orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira dengan
pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat bera saskan
keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut
mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga
dengan teliti, tapi jangan sampai membiarkan orang lain
memilih pa sangan hidup anda.
3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN
Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa
yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan
wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa
pa sangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka
dan bahawa pera saan romantik mereka sema sa bercinta
akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia
memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.
4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU
Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila
anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan
tingkah laku pa sangan anda yang menimbulkan persoalan,
seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggung jawab,
tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri samaada anda
sanggup untuk menghabiskan ma sa anda sehingga ke akhir
hayat untuk menangani ma salah ini.
5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP
Pemilihan pa sangan hidup melibatkan ramalan tentang
bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang
tahun-tahun akan datang. Pengalaman disini bukan
bermaksud usia. Pengalaman yang dilalui tidak bergantung
dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita
mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam
perhubungan. Ambil contoh yang mudah saja, misalnya
melalui lalu lintas yang sesak, jalan-jalan kampung yang
becak. Dari situ, dia akan menunjukkan siapa dirinya
yang sebenar.
6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI
Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia
amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas
sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah
dengan panjang dan mendalam tentang faktor-faktor
penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan
sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui
sesuatu perhubungan. Berpeganglah pada bayangan anda
ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat
selamanya.
7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN-AKAN DIRI ANDA
Pa sangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan
sifatnya, akan memerlukan usaha yang lebih untuk
memastikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia. Lebih
banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tidak ramai
pa sangan mampu bertindak sebegini.
8. MEMPUNYAI CITA-CITA YANG SEIRING
Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih
rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda
berdua akan kecewa. Ma salah akan timbul jika anda
berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pa sangan anda
telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua
miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika
sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak
kekecewaan sepanjang perkahwinan.
9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI
Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagiaan
rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung
kepada tahap komunikasi suami-isteri. Adalah penting
kedua-dua pa sangan mengua sai kemahiran bertutur dan
mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana
masing-masing tidak pandai menyatakan hasrat
masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pa
sangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan."