Something About KhairulNizar

Monday, 24 September 2012

KETIKA KUBERSUJUD ( Part :1 )

aku meratapi diriku yg lemah dan berharap.
semoga segala syukur kehadrat allah subhanahuwataala yg mempertemukan kita dengan sesuatu.
walaupun dipisah jarak dan waktu, namun jika allah berkata ia..maka tiada sesiapapun yg berhak mengatakan tidak. begitulah jua perkenalan yg menbawa aku kebumi arab,bumi para2 nabi, bumi para2 pejuang islam. Aku begitu teruja disaat mendengar ceritanya tentang bumi arab yg seumur hidup ku aku tidak pernah sampai kesana, cerita tentang kehidupan, adab, budaya dan cara hidup. Bagiku dibumi arab, kaum wanita lebih terpelihara kesuciannya jika dibandingkan ditempatku sendiri.Kerajaan mereka memelihara mereka seperti layaknya seorang bidadari syurga. Itulah islam, memperlakukan sesuatu hanya utk kebaikan tetapi dipandang enteng oleh sesetengah pihak sehingga ada yang bergelar kafir laknatullah. allahurabbi
semoga allah memeliharamu sebagai hambanya yang dikasihi.
perkenalan yg begitu sebentar telah menukar aku dan dia menjadi sahabat yg sentiasa bertukar2 pendapat dan aku seringkali mendengar cerita tentang tempatnya,
"MashaALLAH...saye juga amat bersyukur ..kerana berada di sini..cuma kingdom of Saudi Arabia yang terlalu ketat sedangkan Dubai ,united Arab emirates x berapa ketat..kite boleh pakai apa saje tapi masih terkawal.kalau tak undang2 yang ketat saye yakin negara ini juga boleh di katakan over population dan banyak pengemis.di jalan2 di sini awak tidak Akan Melihat orang2 yang terlalu ramai..Dan menyesakkan..saye juge klau keluar tu pakai niqab kerana di sini tiap2 muslimah di wajibkan menutup mukha..cuma yang x Muslim tu tetapi mereka tetap memakai baju abaya.." kamu tak rasa panas ker? . aku bertanya kepadanya kerana pada perkiraanku darjah kepanasan disana adalah sekitar 55-65 darjah celcius yg mana klu diletakkan air pepsi, pasti ia akan meletup dlm msa 15 minit. dia menjawab padaku bahawa mereka akan menggunakan airconditioner utk menyejukkan badan mereka sejurus mengawal suhu badan, tetapi aku pelik knp kamu tidak hitam atau kulitmu bertukar warna sekiranya disana panas? aku bertanya seolah2 ingin tahu semua benda

 Mesti leh x gelap orang Kerja kat sini yang gelap tu jadi putih dah..Kerja kat dalam bukannye kat luar sedangkan pekerja bngunan Kerja malam..hihi..sini musim panas tu mula march sampai September musim Sejuk pula mula October sampai February kekadang tu hujan ice tapi bukannye snow yeah..hujan kat sini setahun sekali je..musim Sejuk pula sejuknye sampai tulang sumsum.. aku mengangguk tanda faham akan segala pertuturannya.... Noray...gadis malaysia yg sudah hampir 10 tahun menjadi tenaga pengajar dinegara arab saudi,mendidik mereka untuk menjadi manusia yg berguna untuk agama bangsa dan negara, tapi mungkin dia tidak tahu betapa tenat dan sakitnya sistem pendidikan dinegara kelahiran beliau sendiri, mungkin suatu hari nanti negara kelahirannya juga akan mula memandang rendah terhadap ilmu dan semakin melupainya sebagaimana negara arab yg tempat pertama turunnya wahyu yang meminta supaya umat manusia sekalian menuntut ilmu semakin melupai dan kurang bersungguh untuk menuntut ilmu. Mungkin juga kerana negara yg kaya dengan hasil minyak itu tidak perlukan segulung ijazah untuk mendapat kerja dan gaji yang bagus atau mungkin juga kerana benarnya firman dan nyatanya hadis nabi yg mengatakan diakhir zaman, ilmu akan semakin hilang dan orang yg berada dizaman itu akan menuruti apa sahaja yg dilakukan oleh kaum kafir.
********************************************************************************

No comments:

Post a Comment